1/2/10

JADILAH CONTOH WANITA YANG BERJIWA CERAH…..

Pandanglah kehidupan dengan pandangan cinta dan optimis….
Keran kehidupan adalah hadiah dari Allah untuk seluruh manusia…….
Terimalah hadiah dari Allah dengan gembira….
Sapalah pagi dengan kecerahan dan senyuman yang indah…..
Sambutlah malam dengan keheningan dan ketenangan……
Jemputlah siang dengan keindahan dan kehangatan sinarnya…..
Teguklah air yang segar sambil memuji dan bersyukur kepada Allah…..
Hiruplah udara dengan penuh kegembiraan dan kesenangan….
Ciumlah semerbak harum bunga dan bertasbih….
Dan….
Renungkanlah alam dengan pelajaran yang berharga dan bernilai darinya……

Aku ade terbaca satu buku..
Dalam buku tu ade tertulis satu kisah….
Jadi kat sini aku nk kongsi kisah tu kat sesape yang bace blog aku ni okey….
Slamat membace….

TIDAK ADA PENGGANTI ALLAH BAGIMU…….

            seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat, lalu ia menjumpai seorang anak kecil yang berumur sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyu’. Ia menunggu hingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya , kemudian orang itu mendekatinya dan bertanya : “ anak siapa wahai anakku?” Anak kecil itu menggeleng-gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata di pipinya. Kemudian ia mengangkat kepalanya dan berkata :” wahai pakcik, saya seorang anak yatim piatu.” Lelaki itu tersentuh hatinya dan berkata: “ mahukah kamu menjadi anak angkatku ?” Anak kecil itu berkata :” adakah jika aku lapar engkau memberiku makan?” Orang itu menjawab :” ya! “ anak kecil itu bertanya lagi :” apakah jika aku tidak mempunyai pakaian engkau akan memberiku pakaian ?” Orang itu mengangguk dan mengatakan :” ya!” Anak kecil itu bertanya lagi:” apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit?” orang itu menjawab:” wahai anakku, aku tidak dapat melakukan itu”Anak kecil itu bertanya lagi :” apakah engkau akan menghidupkanku bila aku mati?” orang itu menggelengkan kepalanya: “ aku juga tidak mampu”
            Akhirnya anak kecil itu berkata :” kalau demikian , wahai pakcik, serahkanlah diriku kepada:

            Tuhan yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku, dan Tuhanku, yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku, dan yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali), dan yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari qiamat. ( Surah Asy-syu’ara’: Ayat 78-82)

            Lelaki itu pun diam dan pergi meneruskan urusannya, sedang anak kecil itu berkata:”aku beriman kepada Allah. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah , nescaya Dia akan memberikan kecukupan kepadanya .”

Jadi……
Fikir dan renung2kanla ye….
Hukhukhuk…….


JANGAN BIARKAN ANDA BANYAK BERBICARA…..

Jauhilah perselisihan atau diskusi buta dalam perkara-perkara yang masih bersimpang siur….
Sebab hal itu dapat menyempitkan dan menodai hati nuranimu…..
Janganlah cuba untuk memuaskan manusia dengan perkara-perkara yang masih banyak mengandungi perdebatan…..
Ungkapkanlah pemikiranmu dengan tenang tanpa tekanan, suara keras, dan wajah masam…..

Jauhilah banyak membantah dan banyak mengkritik….
Hal itu akan membuat ketenangan hatimu hilang dan membuat wajahmu tidak baik…..
Ucapkanlah kalimah yang sopan dan penuh cinta jika kamu ingin menarik hati dan jiwa orang lain……

Hal lainnya…….
Yang dapat mendatangkan kesusahan dan kesedihan pada diri sendiri……
Mengumpat orang lain…..
Memperkatakan perihal mereka……..
Mencela dan menghina mereka……
Kerana ini akan menghilangkan pahala….
Mendatangkan dosa….
Serta menjauhkan ketenangan dalam diri…

Sibukkanlah dirimu dengan memperbaiki ‘aib sendiri …..
Jangan pedulikan ‘aib orang lain…..
Sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita maksum……….
Yang hanya di miliki oleh RasulNya……
Kita semua memiliki dosa dan ‘aib……..
Sedarlah wahai HAMBA ALLAH…………..