8/28/09

aduh...
igt td dah bes aku nk mencoret kat blog ney..
ttbe adelak mamat sowh aku wat nukilan tgh mlm plak...
ermm pe aku nk smbung eyh... ni modal y die bg... "jika hidup kita bebas dari sebarang kegagalan, ini bermakna kita belum berani untuk mengambil sebarang risiko..."

Arahan: sambungkan ayat di ats menjadi stu karangan yang bil patah perkataan tidak kurg dari 1000 p.p ( giler pe!! )

Jika hidup kita bebas dari sebarang kegagalan, ini bermakna kita belum berani untuk mengambil sebarang risiko...
Jika hidup kita bebas dari kesusahan, ini bermakna kita belum layak untuk menerima sebarang kejayaan...
Jika hidup kita bebas dalam perlakuan , ini bermakna kita masih belum kuat pada pegangan...
Jika hidup kita bebas dalam pertuturan, ini bermakna adat kita belum dalam ingatan...
hakikatnye... kebebasan bukanlah sesuatu yang menyempurnakan segalanya yang ada di dunia yang fana ini.... apa yang penting...
Jika hidup kita bebas dari DADAH, ini bermakna kita belum berisiko untuk mencapai ke arah KEMATIAN.. InsyaAllah.... renung2kan & slamat beramal....


8/27/09

HIDUP

Hidup ini susah di duga…
Makin hari… makin susah untuk di tafsirkan…
Adakalanya suka….
Adakalanya duka…..
Hidup yang penuh dengan liku….
Penuh dengan cabaran…

Tanpa kita sedari…
Sebenarnya ….
Hidup ini hanya sekecil tapak tangan
sewaktu kita mula di lahirkan ke dunia….…
Tapak tangan yang di penuhi kisah
dan cerita hidup masing-masing….
Semuanya bermula dari sini…..

Semakin dewasa, semakin rumit kehidupan kita..
Semakin banyak yang perlu di cari dan di terjemahkan …..
Untuk merungkai satu kisah yang sememangnya bermakna
Yang akhirnya akan meninggalkan kenangan…..

Inilah yang di katakan hidup….
Hidup tanpa kisah dan cerita…
Ibarat buku yang tidak bertulis….
Buku yang bertuan tetapi tidak memberi apa-apa manfaat…..

Bermulanya sesebuah buku di tulis…
Maka bermulalah rencah kehidupan manusia……
yang di penuhi dengan pelbagai agenda dan rentaknya sendiri….
Segalanya hanya bergantung pada penulis…
Namun reality sebenarnya….
Mereka hanya mampu menulis….
Tetapi…
Yang merealisasikanya adalah….
Yang Maha Esa……………………..

ketentuan......

Hati dan perasaan sukar di pisahkan..
Namun….
Roh dan jasad boleh terpisah…
Dengan kematian….

Kematian pasti akan tiba….
Apa yang membezakan…
Bila, bagaimana dan mengapa.....
Tetapi…
Apa yang pasti…
Segalanya dari Yang Maha ESA….

Kita hanya mampu merancang…
Tapi Dia menentukan segalanya……
Adakalanya apa yang di rancang ..
Tidak berlaku…
Dan adakalanya ia berlaku tanpa di rancang…
Inilah yang di namakan takdir…
Ketentuan ILLAHI….

Telah tercatat di lukh mahfuz…
Takdir seseorang…
Apa yang termampu untuk kita..
Hanyalah memohon dan berdoa…
Moga di kurniakan….
Nikmat yang terbaik….
Dan kita sebagai hambanya….
Layak untuk Redha dan berserah….
Atas segalanya……